buat prdoman diri sendiri dan shbt2.
Bagi couple yang benar-benar serius pula,ingatlah bahawa semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin sebelum berkahwin,maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan kita sebagai suami isteri nanti(selepas berkahwin).Sebaliknya semakin kita dapat mengawal diri kita dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh islam.Maka semakin manislah cinta kita nanti..
Buat lelaki,jika anda benar-benar sayangkan si dia.Hormatilah dia,peliharalah dia dan perlakukan si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayang.Jangan hancurkan hidup dia hanya kerana keseronokan yang sementara.Jika sayangkan permata,maka tempatkanlah permata itu di tempat yang sewajarnya.tempat itu mestilah selamat,terlindung dan dilindungi.Jangan sesekali didedahkan,disepahkan.Jangan manisnya dikecap,sepahnya dibuang.
Bagi jejaka,jika anda sayangkan si dia.Maka jagalah kehormatan si dia-bakal ibu kepada anak anda nanti.Sesungguhnya hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik.
No comments:
Post a Comment