Wednesday, February 10, 2010

tidak ku nafi

aku hanya seorang insan biasa. punya akal, punya perasaan seperti orang lain. dan aku juga punya perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh seseorg slain keluarga dan sahabat..kasih sayang dari seorang insan yang istimewa yang akan membimbingku menjadi seorang isteri yang solehah..mgkin sekarang terlalu awal..dan aku masih terlalu muda untuk memikirkan hal2 begini..pada umurku baru mencecah 20 tahun. tapi aku mengaku, perasaan itu pernah hadir..perasaan itu pernah aku rasai tetapi kini mungkin bukanlah masa yang tepat..ia hilang begitu sahaja..apabila kau menolakku begitu sahaja..

YA!!
tidak ku nafi..
jantungku berdebar saat pertama kali kau kata kau suka padaku
kau yang pertama yang mengucapkan sayang kepadaku
dan kau yang pertama kuucapkan sayang

tidak ku nafi..
kau aku sayang hingga saat ini
aku pernah bahagia dengan layananmu
aku percaya dengan kata-katamu
aku pernah mengimpikan hidup bersamamu

tidak ku nafi..
hatiku bergetar setiap kali namamu ku sebut dan wajahmu ku lihat
aku bahagia saat kau berikan harapan padaku
aku bahagia dengan kata-kata indah dan manismu

tidak ku nafi..
aku kecewa saat kau menolakku
hatiku sakit kerna rasa dipermainkan
aku kecewa saat kau berdiam diri tanpa kata
dan sungguh sukar untuk aku melupakanmu

tidak ku nafi..aku masih mengharapkanmu

tidak ku nafi..aku sukakanmu..

dan sekarang..

tidak ku nafi..
hatiku sakit dengan layananmu terhadapku
hatiku marah dengan perubahan sikapmu
aku rasa dipermainkan
dan aku yakin AKU MAMPU MELUPAKANMU...
kerana begitu  mudah kau melupakanku..
walau ku tahu..bagiku..tidak semudah itu..

kerna bagiku..sekali aku menyayangi..itulah yang pertama jua yang terakhir..
tapi mungkin di penghujungnya..aku hanya bertepuk sebelah tangan..
kerna kau tak merasai..seperti mana yang aku rasakan...

semoga engkau bahagia..
semoga engkau pernah gembira ketika bersamaku walau seketika
semoga engkau berjumpa dengan si dia yang kau suka

terima kasih atas segalanya..
kerna pernah buatku bahagia
kerna pernah buatku bermimpi indah bersamamu..
akan ku kenang dirimu selamanya..
dan ku harap..kita masih bersahabat..
kerna bagiku..walau apa terjadi..biarlah kasih seorang sahabat itu tetap hadir di hati..

aku sayangkanmu..sayangku sebagai seorang sahabat kepadamu...

maafkanku..
kerna tak mengerti hati dan perasaanmu..
kerna tak memahami dirimu..
kerna kurang matang dalam tindakan dan berkata-kata..
kerna terburu-buru dalam segalanya..

mungkin aku masih kurang matang dalam hal sebegini..

semoga..
kau bahagia dengan hidupmu..
dan..
aku bahagia dengan hidupku..

No comments:

Post a Comment